Malaysia setakat ini telah menerima sejumlah US$620 juta (US$1 = RM4.32) dari Amerika Syarikat (AS) sejak usaha mendapatkan semula aset-aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dimulakan pada Jun 2018, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, hari ini.
Dana itu termasuk US$57 juta hasil penyelesaian bersama Red Granite Pictures, US$137 juta hasil jualan kepentingan Jho Low dalam Hotel Park Lane dan US$126 juta hasil jualan kehakiman kapal layar mewah, Equanimity oleh Mahkamah Admiralti Malaysia.